Cerpenss




IBU, MAAFKAN aku..


Awal lagi aku sudah bangun untuk menunaikan solat fardu subuh. Aku membuka tingkap kamarku yang tertutup rapat. ‘ah.masih gelap’ getusku. Aku berjalan menuju ke tandas. Setelah berwuduk,aku bersembahyang. Aku berdoa kepada Allah yang Maha Esa kerana Dia telah memberiku satu pengajaran yang menyedarkanku. Kawan-kawanku yang lain sudah bangun . hari jumaat biasanya kami sembahyang berjemaah dengan pak cik Isa . sejak peristiwa itu , inilah rumahku.. rumah anak-anak yatim .. tiba-tiba aku teringat pada ibuku. ..

“Dira nak pergi mana?” Tanya ibu. Aku mendiamkan diri. Ah malas aku nak menjawab pertanyaan ibu. Selalu sahaja menghalangku keluar.

“Dira.ibu tanya ni. Nak pergi mana malam-malam macam ni? Bahaya tau. Lagipun Dira masih muda lagi. Tak elok anak dara keluar mlam.”lembut ibu menasihati aku. Namun aku buat tidak tahu dengan nasihat dan teguran ibuku itu.

“Dira,ibu kata jangan pergi. lelaki tu,belum tentu lagi baik,Dira. Jangan terlalu percaya dengan lelaki,” terang ibu lagi.

“Ibu,boleh tak jangan halang dira? Bosanlah bu duduk rumah. Bukannya dira kacau ibu pun. Lantak Dira lah nak keluar ke,apa ke. Ibu duduk rumah diam-diam. Dira dah dewasa la bu. Dira tahu jaga diri. Ibu tak payah nak membebel!” tengkingku. Aku marah. Argh! Sakit hati bila ibu terlalu menghalangku. Aku mahu menjadi seperti kawan-kawanku. Bebas kemana sahaja mereka mahu pergi.

Aku berjalan laju keluar dari rumah. Ibu hanya terdiam. Tidak ada sedikit pun rasa menyesal dihatiku setelah menengkingnya tadi. Diluar , aqif sedang menungguku. Aku menaiki keretanya. Apabila bersamanya,aku rasa begitu tenang dan bebas. Dia membawaku kemana sahaja aku mahu pergi. Aku juga lupa akan peperiksaan yang bakal ku tempuhi. Kami berseronok dengan kawan-kawan yang lain bersama pasangan masing-masing.

SUDAH hampir 8 bulan aku tidak mentelaah pelajaran seperti pelajar-pelajar yang lain. Selalu juga aku dipanggil ke bilik kaunseling dan bilik disiplin namun perangaiku tetap juga tidaj pernah berubah. Aku semakin lalai dalam kehidupanku ini tanpa mempedulikan ibuku yang hanya bekerja mengambil upah menjahit baju untuk menyara aku.

“Dira,ibu nak cakap sikit dengan Dira,” bicara ibu dengan lembut. Aku memandangnya. Anak mata ibu kelihatan seperti tidak puas hati. Aku mengerti. Mesti ibu mahu memberi tegurn yang akan membuatku marah padanya.

“ibu tak nak dira keluar malam lagi. Ibu sayangkan dira. Kita tak ada siapa-siapa lagi. Hanya kita berdua. Ayah dah meninggal..abang dan angah. Ibu cuma ada dira sahaja. Tolong jangan buat ibu sedih. Sudah 3 kali ibu berjumpa dengan guru dira disekolah. Ibu malu,dira. Berubahlah. Hidup ni tak lama. Ibu tak nak dira terlalu bebas,” nasihat ibu. Aku terdiam. Tiba-tiba aku teringat akan peristiwa lalu. Satu kemalangan yang ngeri. Ayah,abangku dan angah telah terkorban . ibu dan aku pula hanya cedera parah.

“ibu,kalau ibu tak nak pergi sekolah dira lagi,tak payah lah pergi. Lagipun dira memang malas nak belajar, bosan tahu! Dah lah kat rumah,ibu pulak membebel siang malam!” balasku,kasar.

“ibu bukan nak membebel,dira. Tapi ibu cuma bagi nasihat. Ibu tak nak anak ibu dapat susah nanti.ibu tak marah kalau dira nak berseronok tapi bukan dengan cara begini. Keluar mlam dengan lelaki,bergayut lama sampaikan kerja sekolah langsung tak siap.sia-sia saja dira bangun pagi..tapi ponteng sekolah..pergi lepak dengan kawan-kawan,”

“dah lah ibu! Dira nak tidur! Dira letih tahu tak!” tengkingku  Ibu bangun dari birai katilku dan berjalan lemah keluar dari bilikku. Aku menjeling tajam. Aku tahu ibu menangis. Lalu aku tidur. Malas hendak memikirkan perasaan ibu.

AKU memandang keputusanku. 6 subjek aku mendapat E . 2 subjek lagi aku mendapat D. aku tahu kalau aku tunjukkan pada ibu,pasti ibu akan membebel lagi. Aku mengoyakkan kertas keputusan peperiksaanku itu.  aku melihat kawan-kawanku sedang menunggu. Fikiranku terus terlupa akan keputusan tercorot aku itu.

“Dira,dira dah dapat ke keputusan peperiksaan percubaan PMR?” Tanya ibu setelah selesai makan tengahari.  Aku terdiam sekejap.

“ dah dapat. Dira dapat 6E dan 2D,”jawabku,selamba.

“teruk result dira. Usaha lah lagi. Dira tak boleh berterusan macam ni. Dira kena berubah. Macam mana dira nak sara diri esok-esok? Ibu dah tua,dira,”

“diam lah ibu! Malas dira nak layan ibu!” jerkahku. Ibu terkejut. Aku berlari masuk kedalam bilik dan menghempas pintu dengan kuat.

HARI itu aku meluangkan masaku bersama teman lelaki. Aku ikut sahaja kemana dia pergi. dia merokok. Tapi aku tidak kisah.yang penting dia menyayangiku. Itu sudah cukup. Dialah tempat aku bercerita apabila aku marah pada ibu. Pernah juga dia mengajakku tinggal bersamanya namun  aku tolak pelawaan dia.

Tepat jam 2 petang,aku kembali kesekolah. Ramai kawan-kawan sekelasku bertanya kemana telah ku pergi dan aku hanya menjawab sepatah perkataan sahaja iaitu ‘ponteng’. Mereka diam. Semasa cikgu yang mengajr subjek geografi masuk ke kelas,aku tidur. Cikgu itu memang sudah masak dengan perangaiku ini. Dan aku semakin galak berbuat demikian.

Dulu pernah juga aku mengulangkaji pelajran namun apabila aku mempunyai teman lelaki,ingatanku pada pelajaran semakin pudar. Aku lebih seronok jika bersamanya. Setiap hari dia menjemputku di rumah untuk bersiar-siar bersama.dia juga selalu membeliku pakaian. Setiapkali aku memakai baju yang baru,pasti ibu akan bertanyakan dari mana aku mendapat wang untuk membeli baju itu. namun ku hanya diam dan setelah itu aku membalasnya dengan kata-kata yang sangat kasar sehingga aku lupa dia adalah ibu yang melahirkanku dalam keadaan yang amat sakit sekali.

Peperiksaan PMR tinggal 3 hari sahaja lagi. Aku langsung tidak menghiraukannya malah aku masih lagi bersama teman-temanku ponteng. Kami rasakan bahawa pelajaran itu satu beban yang amat berat untuk dipikul.

Ibu pernah menamparku dulu. Aku tidak bercakap dengannya selama beberapa minggu dan hanya keluar dari bilik apabila mahu makan,minum dan keluar bersama teman lelaki dan kawan-kawanku. Mungkin kerana sikapku itu ibu sudah tidak berani berbuat begitu. Kini dia hanya menasihatiku sahaja.lazimnya aku melihat dia menangis. namun aku hanya bersikap biasa. Malas untuk aku fikirkan tentangnya apabila ibu terlalu menghalangku untuk keluar.

Entah mengapa pagi itu , jam 2 pagi,aku terasa dahaga. Aku keluar dari bilikku dan menuju ke dapur. Aku melihat pintu bilik ibuku sedikit terbuka. Aku terdengar suara ibuku yang berkata-kata dalam tangisan. Aku berminat untuk melihat ibuku. Aku berjalan senyap. Sayu hatiku melihat ibu sedang berdoa untukku. Supaya aku menjadi anak yang solehah dan berjaya dalam hidupku. Aku berasa sedikit menyesal dan terharu. Fikiranku melayang. Teringat akan sikap ku yang amat biadap dan selalu memarahi ibu .

Aku meninggalkan ibu yang sedang berdoa bersama tangisan. Aku tidak terus ke dapur malah masuk kedalam kamarku. Aku menoleh buku-buku rujukan yang ibu beli. Langsung tidak ku jamah apatah lagi membukanya. Terdetik dihati ku untuk membuka buku rujukan tersebut. Masih sempatkah? Esok adalah peperiksaan PMR. Tanyaku dalam hati. Lama aku terdiam lantas tanganku membuka buku rujukan sejarah. Aku membacanya. Dalam masa 2 jam,aku menghabiskan 2 bab. Tidak pernah aku mempelajari peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dahulu. Aku berasa semakin seronok apabila mengetahui sejarah zaman dahulu. Jam menunjukkan pukul 4.40 minit pagi. Aku meneruskan ulangkajiku. Namun tidak sempat kuhabiskan semua bab.

PAGI itu hatiku terasa lembut hendak bersalam dengan ibu. Ibu kehairanan. Setelah bersalam,aku terus kesekolah. Sempat ibu memberi sokongan dan mendoakan ku agar dapat menjawab soalan peperiksaan. Aku mengangguk dan tersenyum tawar.aku masih lagi tidak mahu bersuara. Hatiku tiba-tiba menjadi sebak. Melihat ibuku yang sedang kusyuk mendoakan kejayaanku,aku tiba-tiba merasa sedih. Ibuku sanggup bangun semata-mata ingin mendoakan kejayaanku. Aku betul-betul menghargai perbuatan ibuku itu.

“Dira,kau nak masuk ke dalam dewan?” Tanya kawanku.

“aku….” Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, kawanku mencelah.

“aku tak mahu. Kita buat macam biasa la. Macam la PMR ni penting sangat. Malas aku nak masuk nanti tak pasal-pasal jadi angsa pulak kita. Kantoi kang,mampus kita,”ujarnya. Aku terdiam.

“aku nak exam. Kau orang ni. Nanti susahkan cikgu pulak. Dah la,jom,”ajakku. Mereka terdiam sekejap.

“aku tak nak,dira. Kau ambil je exam tu sorang-sorang. Kami tak inginlah,”balas seorang daripada mereka. . aku rasa aku ingin bersama mereka apatah lagi teman lelakiku akan bersama dengan kami nanti. Tapi apabila aku memikirkannya,lebih baik aku masuk  ke dewan dan menjawab soalan-soalan peperiksaan. Biarpun tidak dapat ku jawab namun aku akan cuba. Kalau ada peluang,aku akan meniru. Itulah yang selalu ku lakukan apabila menjawab kertas soalan.

“jadi,macam mana ni dira”tanyaku kawanku lagi.

“aku nak masuk dewan dan jawab soalan peperiksaan,” jawabku selamba . aku sendiri berasa hairan dengan diriku .

“okey lah kalau macam tu, kau pergi lah. Tapi kami nak ponteng. Lantak la apa nak jadi pun.selamat berjaya,dira. Panjang la leher kau nanti,”sindir kawanku. Aku tersenyum dan berjalan masuk ke kelas. Aku melihat pelajar yang lain datang bersama ibu dan bapa . aku tertanya sendiri .. apa ibu tidak mahu datang untuk sama-sama mendoakan kejayaan aku . mungkin ibu sibuk .. tapi aku ingin melihat ibu..aku rasa kurang senang . tiba-tiba jantungku berdegup kencang .

BANYAK soalan yang tidak dapat ku jawab namun begitu,ada juga yang dapat ku jawab. Apa yang aku sempat baca semalam,semuanya ada dalam kertas soalan. Tiba-tiba aku teringatkan ibu. Apa yang ibu sedang buat? Aku memandang jam tanganku. Sudah lewat. Teman lelakiku masih belum datang menjemputku. Aku mula berasa bosan. Tanpa menghiraukannya,aku terus ke tempat kami selalu lepak. Aku berjalan laju. Walaupun tempat itu agak jauh namun aku tetap berjalan untuk kesana.

Hati aku berasa amat sakit sekali apabila melihat teman lelakiku memeluk seorang gadis yang sebaya denganku. Aku mendekati mereka. Aku juga tidak menyangka yang kawan-kawanku sebenarnya bersubahat. Argh!!! Aku benci mereka semua!! Benci !

“Sampai hati kau buat aku macam ni! Aku ingatkan kau jujur dengan aku tapi kau sebenarnya jahat!! Setan!!’ jerkahku. Mereka terkejut. Kawan-kawanku juga begitu.

“hei Dira! Kau yang tak datang. Nak ambil peperiksaan konon! kau tu cuma spare saja! Tak perlu nak marah. Setakat minah macam kau,berlambak lagi aku boleh dapat!”jawab teman lelakiku. Aku bersabar.aku memandang permpuan yang berada disebelah teman lelakiku.aku menarik rambutnya lalu teman lelakiku menghalang perbuatanku. Aku ditolak.

“pergi mampus lah korang! Aku benci korang semua! Benci! Kau bodoh,gila!” marahku . teman lelakiku pergi meninggalkan aku bersama teman wanita barunya. Semua pergi tidak terkecuali kawan-kawanku. Aku pulang dengan rasa marah. Aku berasa amat bodoh kerana mempercayai lelaki itu. rasa menyesal yang teramat sangat apabila aku langsung tidak mendengar kata-kata ibuku.

Aku ingin meminta maaf pada ibuku, aku kesal. Aku sudah tidak tahan lagi. Aku anak yang derhaka. Tidak pernah aku bahagiakannya. Aku selalu memarahinya. Aku juga lalai dengan perintah Allah. Aku amat menyesal. Aku mencari kelibat ibuku. Namun dia tiada dirumah. Aku fikir,dia ke rumah kawannya. aku duduk di atas kerusi. Aku menangis keseorangan.

Sebuah kereta masuk ke dalam halaman rumahku. Kereta polis. Jantungku berdegup kencang. Aku berlari keluar.

“ini adira?”Tanya pegawai polis itu. aku mengangguk laju. Mataku masih merah.

“adik,ibu adik telah meninggal dunia. Kemalangan.kami diberitahu oleh saksi .. Adik boleh ikut kami,” jelas pegawai polis itu. aku tergaman. Perlahan-lahan aku jatuh kebawah. Aku menangis sepuasnya. Aku menyesal! Maafkan dira,ibu.. dira menyesal.. tolonglah maafkan dira.. tangis dira semakin kuat apabila melihat mayat ibunya. Dia terdiam sahaja.

Ya Allah,maafkan aku. Aku sudah tidak mengingatiMU. Aku derhaka pada ibuku. Ya Allah,kau maafkanlah aku. Doa Adira. Air matanya laju membasahi pipi. Kini dia tiada sesiapa lagi. Segalanya telah berlaku dan tidak boleh diundur kembali . andai aku dapat mengundur masa yang lalu,akan aku memohon kemaafan..aku ingin memeluk ibu dan aku ingin ibuku melihat kejayaanku. Segalanya tinggal kenangan..

Ibu.. maafkanlah segala dosa anakmu ini…

______________________________________________________