Petua

>> . BEAUTY . <<


1 ) MENGECUTKAN JERAWAT .

Hmm . macam mana nak kecutkan jerawat ? Meh Cikk Chocolate tolom ajarkan .

Cara pertama : Tumbuk sehelai daun sirih muda hingga lumat . Tampalkan ke muka yang telah dibersihkan dengan air panas suam supaya kulit menjadi lembut . Biarkan kering . Kemudian basuh dan lap dengan kain bersih .

Cara kedua : Asah kulit kayu manis sebesar jari kelingking pada waktu malam sebelum tidur kemudian campurkan dengan sedikit madu .Jadikan sebagai masker dan cucilah pada pagi keesokan harinya . Lakukan 3 hari seminggu .

2 ) MENGELAK DARIPADA JERAWAT BERBEKAS

Kebiasaannya ramai yang bimbang jika ada jerawat . dan bimbang jika jerawat tu meninggalkan kesan pada wajah kita .

Cara yang afdal ialah bancuh tepung kanji dengan putih telur . Lepas tu sapukan pada jerawat yang baru saja timbul  pada muka . InsyaAllah , jerawat akan hilang dan tidak akan meninggalkan kesan .

3 ) MENGHILANGKAN BINTIK HITAM

Bintik hitam semeangnya sukar untuk dihilangkan .  Jadi , bagi menghilang pigmentasi , ada 6 cara . Tetapi Emy hanya kongsi 3 cara sahaja .

Cara pertama : Belah limau nipis , perah airnya dan campurkan dengan sedikit garam pada bahagian berbintik hitam dan biarkan lama sebelum membilas muka korang dengan air .Amalkan petua ni setiap hari .

Cara Kedua : Gaulkan satu sudu minyak zaitun dengan sebiji tekur . Sapukan ke muka selama 20 minit sebelum dicuci dengan air suam .

Cara ketiga : Parut sebiji timun hingga hancur . Campur parutan tadi dengan tepung jagung . Apabila sebati , sapukan ke seluruh muka dan biarkan hingga kering . Amalkan setiappagi . Hasilnya , kulit akan lebut dan bintik hitam akan berkurang , InsyaAllah ..

4 ) MENGHINDARI JERAWAT

JERAWAT ! urgh ! Emy sendiri pom mmg benci gilaa jerawat . selalu je singgah kat hidong emy . Bila emy dapat tahu petua ni . Jadi , emy nak kongsi .. . .

Ada beberapa cara yang boleh kita amalkan . Tapi emy bagitao 3 cara sahaja , keyy ..

Cara pertama : tumbuk beberapa helai daun sirih dan beras sehingga lumat ( kot iyee pom , basuh le dulu beras tu . kang kotor ) . Lepas tu korang campur dengan sedikit ayaq sejuk . Sapu kat muka korang sebelum tido ..

Cara kedua : Parut sengkuang kemudian tapis dan biarkan patinya mendap . Ambil patinya dan sapukan pada muka korang . Buat setiap malam taoo ..

Cara ketiga : Giling beberapa helai daun jambu batu sehingga halus . Pakai bersama bedak sejuk . Amalkan selalu .

5 ) HILANGKAN JERAGAT

Jeragat dengan bintik itam nehh kira adex beradex kandung lha . HAHA . menyemak aje kat muka tiap2 hari .

Jadi , ada 2 cara nak hilangkan jeragat .

Cara pertama : cuci tiga sudu beras bersama mata kunyit .tumbuk kedua-duanya sehingga menjadi serbuk . lepas tu bancuh dgn air limau nipis ( yg dah diperah ) atau putih telur dan lumurkan pada kulit . bila kering , basuh dgn ayaq suam .

Cara kedua : ambil putik jambu batu kemudian gosokkan di belakang lesung batu hingga jadi halus . lepas tu , koram sapu lha kat muka koram terutamanya dekat jeragat yg byk tuh . lepas kering , basuh dgn air suam .

6 ) MENGHINDARKAN PARUT DI MUKA

Ada 4 cara nak hilangkan parut di muka .RTapi kasi tao 2 jek . kalo nak tahu lagi2 cara , silalah komen keyy ..

Cara pertama : Tumbuk kulit kayumanis sampai jadi serbuk . lepas tu campur dgn sedikit air. Sapu pada bekas jerawat .

Cara kedua : Kisar timun dan tapiskan airnya . Tampalkan hampas timun pada muka . birkan setengah jam . kendian(kemudian) cuci dgn air bersih .

7 ) MENCERAHKAN KULIT MUKA

Ada 3 cara nak putihkan wajah . tapi emy kasitao dua jek dulu keyy .

Cara pertama : campur parutan lobak merah , kuning telur , sedikit air limau nipis (perahan limau nipis) sehingga sebati . kendian sapukan pada muka sampai kering . pastu korang basuhlah dgn air suam tanpa sebarang PEMBERSIH MUKA .

Cara kedua : campurkan tepung sagu dgn air . sapu pd muka spt memakai bedak sejuk . do it everyday ..

NANTIKAN PETUA MENGGEBUKAN WAJAH , MASKER BUATAN SENDIRI , MEMERAHKAN PIPI , PELEMBAB MUKA SEMULAJADI , MEMBERSIHKAN KULIT  MUKA , MELICINKAN KULIT MUKA &  BANYAK LAGI .

Kepada sesiapa yang sudi bertanya , silakan . selagi emy boleh tolom , emy tolom dapatkan petua untuk selesaikan masalah koram .

Mudah kan nak amalkan petua-petua tuh . Asal rajin , mesti akan dapat hasilnya .

But , bagi sesetgh individu yg malas nak amalkan petua . sebab tuh la korang tak dapat hasilnya . lepas tu mula lah kata petua tu tak menjadi . KAN ?? Kaum MELAYU memang banyak petua . Bersyukurlah menjadi orang MELAYU ..


Tens for my readers yg sudi menjenguk . Jangan lupa tinggalkan komen dan follow saya . Saya akan follow korang kembali <3


! Love & Kiss for You !